Lms Esport Growth Mindset Untuk Pemain E-Sukan
5 Mei 2026 | Aktiviti TerkiniPada 04 Mei 2026, telah diadakan LMS eSport sesi pembelajaran bertajuk “Growth Mindset Untuk Pemain E-Sukan” bertempat di NADI Felda Pasoh 2. Sesi pembelajaran ini melalui sistem LMS eSport secara atas talian.
Tujuan pembelajaran topik ini adalah memberi pendedahan kepada peserta tentang kepentingan memiliki mentaliti positif dan semangat untuk terus berkembang dalam dunia e-sukan. Peserta akan mempelajari cara menghadapi cabaran, menerima kekalahan sebagai peluang pembelajaran, meningkatkan disiplin serta membina keyakinan diri dan kerja berpasukan. Modul ini membantu pemain membentuk sikap tidak mudah berputus asa, fokus terhadap peningkatan prestasi dan sentiasa berusaha mencapai kejayaan dalam bidang e-sukan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: